Khamis, 11 Februari 2010

Model-model Program j-Qaf

  • Model Pemulihan Jawi
  • Model Tasmik
  • Model Khatam al-Quran
  • Model Bahasa Arab
  • Model Kem Bestari Solat
  • Model Fardu Ain

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Rabu, 10 Februari 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertannggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template