Sabtu, 16 April 2011

Kursus LDP Oracle Think.com

Pada hari Sabtu 16 April 2011...bahagian Latihan Dalam Perkhidmatan yang diketuai Tn Hj Ismail b Ab Hamid telah menganjurkan satu kursus LDP yang berkenaan dengan Oracle Think.Com Seramai 11 orang guru terlibat dengan kursus Fasa 1 ini..

Kem Bestari Solat Siri 2

Alhamdulillah, KBS Siri 2 telah berjaya dilaksanakan pada 15 Mac 2011 bertempat di SK Astana Raja..kehadiran murid agak merosot daripada KBS 1 iaitu seramai 8 orang murid tidak dapat hadir daripada 169 murid. Fasilitator terdiri daripada tenaga-tenaga pengajar di sekolah ini..semua guru tanpa mengira opsyen terlibat sama menjayakan kem ini. Terima kasih diucapkan. Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih terutama kepada Pn Hanifah Ali (Guru Besar) yang mengambil berat dan sentiasa menanyakan perkembangan kem bestari solat. Gambar-gambar akan diupload kemudian....
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template