Isnin, 15 November 2010

Wukuf di Arafah

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ::Dari Abdul Rahman bin Ya'mur katanya :Bahawa Rasulullah SAW menyuruh seorang penyeru menyerukan "Haji itu adalah Arafah."Barang siapa yang datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan)

Ahad, 14 November 2010

Kelebihan Bulan Zulhijjah.

JENIS IBADAH YANG DIANJURKAN PADA BULAN INI:

1) Menunaikan ibadah haji dan umrah

2) Berpuasa pada 1 hingga 10 zulhijjah atau pada hari arafah (9 zulhijjah)

3) Bertakbir dan berzikir

4) Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa

5) Memperbanyakkan amalan-amalan sunat

6) Disyariatkan amalan korban pada hari raya haji (10 zulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11,12,13 zulhijjah)

7) Menunaikan solat sunat hari raya secara berjamaah..

Sabtu, 13 November 2010

Kem Bestari Solat 2010

Muhammad Zam Zameer gembira menerima sijil dan hadiah daripada GB Pn Hanifah Ali sempena hari penutup Kem Bestari Solat Sesi 2010....
Khusyuk anak-anak mendengar ucapan daripada GB...Terima kasih kerana memberi kerjasama yang diharapkan..kalian semua memang JAYYID!!

Ustazah Rohani Hood menunjukkan cara duduk tahiyyat akhir yang betul kepada pelajar-pelajar kumpulannya...


Ustazah Sumaiyah memerhatikan kedudukan tangan pelajar semasa amali solat...


Aminn....




Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template